Semakin Famous

Rabu, Januari 29, 2014 @ 8:09 PTG | 0 Orang berstory

Assalammualaikum . . .


dunia persekolahan sememangnya membosankan. benci oke, benci tersangat! tapi sesetengah orang kata, bila kita dah habis sekolah, kita akan rindu zaman persekolahan dan terasa ingin kembali semula. yeke? ahh, lantaklah. tahun SPM memang tak best kan. stress je memanjang. dengan homework sepenuh kolam renang dekat sunway lagoon tuh. memang pengsan nak buat. oke, aku tipu je brother. jangan straight sangat nak percaya sepenuhnya lah yee.

haritu iaitu hari isnin malam selasa ada rocall form 4. pehh, memang panas sey masa tuhh. dahlah dengan bilik tuh panas macam sauna. alahai, junior ku sayang. oke apa kitorang tak buat rocall everyday masa orientasi haritu. kalau tak, habislahh korang. oke, kekadang aku kesian juga dekat budak form 4. aku pernah rasa dan aku taknak diorang pula yang rasa. kesian dohh. :-/ tapi apakan daya. aku join sikit sikit je. hahah, korang jangan lah caya aku marah haritu. sebenarnya tak marah pon. saja buat gimik. hahhaha! jahat seyy aku. kejam. oke, sorry :)


harini tersangatlah penat. ada jalinan mesra dan ambil duit rm100. aku dengan fain asyik merayap jelaa. pergi kantin. pergi jalan jalan. ada yang kitorang duduk tempat pyqa jaga. pyqa kan pengawas. masa tengah lepak dekat situ , sekali fain dengan pyqa cakap "wan, dia ada dekat situ lahh" siapa lagi kalau bukan Mrs I. wahhh!!  tapi, masa tuh aku just control macho jelaa. boleh pula aku suruh yien ambil gambar aku dengan fain dan pyqa. then, aku toleh je belakang dia senyumm. lagilah aku melting. tapi aku tak taulah dia senyum dekat siapa. perasan je lebih :(

sebenarnya aku takut dia tahu aku crush dekat dia. habislahhh! takut dia gelakkan je. confirm malu. uwahh!! haritu aku teman aini bayar duit dekat qila M1. kelas si dia tuh. cehh, masa masuk tuhh control macho jelaaa. aku tak boleh nak tengok dia. aku takut tercair terlebih pulaa lalu pengsan. oke, tersangatlah gatal bunyinya. aku just tengok jelaa papan putih dekat kelas tuh. kes nak cover macholahh apa lagi. ><

minggu lepas hari khamis malam jumaat (23/1) hari balik muar sebab paklong aku meninggal dunia. Innalillah. Al-Fatihah buat dia. :') disebabkan tuh aku tak join majlis perlantikkan AJK dan majlis penutupan orientasi form 4. kau tahu, aku malu sebab diorang kata aspura letak gambar aku yang bukan bukan. gambar yang agak agak sengal tuhh. uwahhh!! jahat sey cicak kobeng tuh semua. dah lah diorang kata gambar aku banyak. hmm, malunyaa. kurang ajar je seyy aspura nie -.- aku rasa macam nak tumbuk je muka sapa yang buat tuhh. yien pula yang datang minta maaf sebabkan hal tuhh. haishh. 


dulu tak de yang minat sebab budak biasa. bila dah ada jawatan, baru semua perasan kehadiran dia. aku pula yang risau. oke, kepoyoan melanda. :3



HELLO!



Call me as Syazwani or known as ES27. 97's liner. TiJB's student. Be nice here. Bye bye. Smile ❤ TAK SUKA?

Diary About Site

Ask Here!





The Shadow Friends


Dunia akan sunyi tanpa kawan disisi kita. Become my best friends, please?