Dah habis raya yow?

Jumaat, Ogos 16, 2013 @ 12:59 PTG | 2 Orang berstory


Assalammualaikum. alhamdulillah dah hari ke-9 kita beraya. yeahh! berapa banyak duit raya kau dapat kawan? banyak? kalau banyak sangat, bagilah aku sikit. janganlah kedekut sangat. tak baik tau. :3 raya aku tahun nie tak segempak tahun lepas. suam suam kuku je. erk! -.- duit raya pon tak banyak dapat. dah besar katanya. aiyooo! baru 16 tahun maaa! mana ada besar? still young oke!

berbalik kepada tajuk asal kita pada harini. dah habis raya? tipulahh kalau kata dah kan? aku pon still belum habis beraya. banyak lagi rumah yang aku nak pergi tapi apakan daya. lusa aku dah nak balik asrama. tinggal harini jelaa aku nak beraya. tu pon malam nie dan esok aku terpaksa push diri aku nak siapkan homework! berlambak macam banjaran himalaya seyy. pening pening. *pengsan*


HARI RAYA PERTAMA : aku just pergi raya rumah atok aku je. alah, depan rumah je kot. tak pergi mana mana sebab orang yang ramai datang rumah aku. raya first tahun nie tak sebest tahun lepas sebab along dengan angah aku tak beraya dekat rumah kitorang. diorang ikut suami diorang raya dekat sana. hmmm, sunyi je rumah. kalau tak, pagi pagi raya selalunya dengar angah aku menjerit jerit suruh bangun. tahun nie dah takde. sedih lah pulak! :'(

aku pakai baju kurung just 3 or 4 jam je. dalam pukul 1 lebih macam tuh aku dah salin baju t-shirt. mana macho aku pakai baju kurung lama lama kan. hehe. lauk ibu aku cepat je habis. sebaik ibu aku tinggalkan sikit untuk angah aku. kalau tak, menangis dia tak dapat rasa masakan ibu aku di hari raya. hahaha.

HARI RAYA KEDUA : dalam pukul 11 kitorang pergi kubur atok sebelah ibu dan nenek sebelah ayah dekat sungai terap. alah, tak jauh pon dari rumah aku. 3 minit dah sampai kalau naik moto. aku pergi sana just pakai baju t-shirt prep warna purple dengan seluar jean je. lepas tuh raya rumah pak uda aku. dekat je. dalam area kampung aku juga. 

kau tahu, cousin dia ada datang rumah dia(pak uda aku). cousin dia comel wooo! tak silap aku, sebaya dengan aku. dalah pakai spec. duduk dekat singapore. wahhh! diam je. aku asyik tertengok- tengok muka dia je. mak aii, gedik pula aku nie. -.-" entah entah, dah ada awek dekat singapore tuhh. siapa tau kan. tak silap aku, aku pernah jumpa dia masa aku umur 9 tahun. tuhhlah kali terakhir aku jumpa dia. siapa sangka tahun nie aku jumpa dia balik. wahhh! O_O

sudah sudah! berhenti cerita pasal lelaki. sambung balik. petang tuh, baru aku beraya pakai baju kurung. alamak! ayu tak? hahahha! termuntah hijau kalau aqila baca nie. beraya sampailah ke malam. penat seyy. sebaik dapat banyak duit raya. xD *wani si mata duitan*

perempuan ada 5 orang je. lagi sorang tengah siap.

hah! nie baru cukup. tapi, gambarnya tak lawa :(

HARI RAYA KE-3 : hari sabtu baru beraya dengan sepupu sebelah ibu dekat melaka. almaklumlah, ibu eden orang melaka. mestilah beraya dekat sana. beraya daripada pagi hingga ke malam. fuhh! nampak macam beraya sakan kan? hmm, masa nie aku tak terfikir tentang homework aku yang macam gunung kinabalu tuhh. 

apalah aku nie kan, mula mula aku teringin nak ambil gambar dengan cousin aku, airin. tapi, asyik terlupa je. sampai rumah baru nak teringat. aiyooo! masalah betullah. 

aku hanya ada dua orang abang je. sikit kan?

aku senyum mesti tak nampak mata -.-" abang aku ter-over pula

haishhh. -.-

mereka semua suka bergambar kan? 

kaum kerabat sebelah ibu. tapi, tak cukup lagilah. ada yang takde :-/


aku tak taulah nak tulis penutupnya apa. lost idea! oke. firstly, harini aku pergi jumpa kawan kawan aku dekat rumah liana. mula mula aku fikir taknak pergi sebab nak buat homework. tapi, fikir fikir balik, confirm aku tak buat punya homework tuh sebab selalunya aku jarang buat homework kalau petang petang nie. lagipon aku nak jumpa nina, aida dan ramai lagi. mesti ramai yang datang. haritu aku jumpa beberapa ketul je. heehee. harini mesti ramai yang datang. ok, aku nak chow dulu. baii :)
tolong aku buat homework boleh? pleasee! anda kan baik :(



HELLO!



Call me as Syazwani or known as ES27. 97's liner. TiJB's student. Be nice here. Bye bye. Smile ❤ TAK SUKA?

Diary About Site

Ask Here!





The Shadow Friends


Dunia akan sunyi tanpa kawan disisi kita. Become my best friends, please?