Besok Hari Raya! yeah! Ehh

Jumaat, Ogos 02, 2013 @ 10:18 PTG | 0 Orang berstory


Besokk hari raya, besok hari raya, besok hari raya! yeahh! ehh, puasa pon tak penuh lagi -.-
Assalammualaikum. maaf sekiranya sudah lama aku tak memekak di sini. mungkin ada merinduiku. ececehh! nak muntah pula rasanya. apa khabar semua makhluk di muka bumi ini? sihat? Alhamdulillah kehendak-Nya. firstly aku nak ucap "Selamat Berpuasa yaa semuaa" tak kiralah dah tinggal seminggu je nak raya ke, whatever! aku tetap nak ucapkan SELAMAT BERPUASA! *jerit kuat kuat* puasa penuh yaa kawan kawan. jangan ponteng.

secondly, aku nak cakap yang minggu lepas birthday aku. ececeh. dah tua lah pula aku nie. hmm *tunduk* ehh, tak! aku masih muda dan bertenaga. baru naik 16 tahun je bukan 61 tahun oke! budak Pertanian 1 membuatkan aku terharu oke. penuh meja aku dengan sticker note yg tulis "happy birthday" tuhh belum kau tengok aisha abir tulis. mahu besar 1 kertas A4 dia tulis "happy birthday" untuk aku. memang daebak lah chaabir! satu papan putih diorang tulis "ucapan terindah" diorang untuk aku. hahah! nak tergelak aku tengok! nie lah baru namanya #ThisIsP1 #LuaskanEmpayarmu *merepek*



Harini kan hari terakhir dekat sekolah dan asrama sebelum cuti untuk hari raya. malam tadi, kitorang semua berkumpul dekat tengah tengah kawasan asrama aspuri untuk ucapkan "selamat hari raya dan bermaafan" bagai semua. memang kecoh habis masa tuhh sampaikan warden datang suruh slowkan suara. "alah, rilexlahh. kan dah nak raya nie" masa diorang tengah memberi ucapan "aku nak minta maaf sebab ... bla bla bla" budak prep P1 asyik cakap "Takpe, tak kesah , dah biasa" kitorang asyik ulang je ayat tuhh terutamanya senior prep. memang sempoi habis.

lepas habis semua tuh. kitorang a.k.a budak prep P1 buat meeting bermaafan junior dan senior. ada yang nangis , gembira dan macam macam. senior prep aku memang sporting habis! Akak intan (mummy prep), kak ungku a.k.a tuanku diraja kesayanganku, kak nisa a.k.a cikgu sains pertanian aku, kak moni , kak thila, kak azie, kak pika amani, dan kak naela. tak terlupa senior terdahulu kak aliya a.k.a kak L yang suka buat lawak dan kak ain. diorang semua memang happening. sampai ada budak prep lain kata "ehh, prep P1 tuh bestkan. senior dia semua sporting. tak pernah dengar senior dan junior diorang bergaduh" see? bertapa kuatnya keakraban kitorang. 

boleh dikatakan prep kitorang bisinglah juga. tak, memang bising pon sebenarnya *jujur!* apa nak dikatakan, kalau senior dan junior bergabung bergosip, kalah orang politik berkempen. pot pet pot pet! tuhh belum lagi cerita pasal kpop. lagilah meriah terutamanya mummy prep kitorang kak intan. memang fanatik gila kpop. tuhh yg buatkan junior semua suka dekat dia. tuhh belum dia dan kak moni kalau bergabung berdrama, memang kalah pelakon wanita popular malaysia! memang syokk! oke, aku dah beraban jauh sangat nie. 


selepas meeting raya kitorang habis, sesi bersalaman dan berpelukan antara senior dan junior pon berlangsung. tersentuh hatiku maknyah bila tengok ada yang menangis bagai semua. "alahh, don't cry baby. insya-Allah naik sekolah kita jumpa lagi oke? sekarang, raya puas puas dulu. yeahh!" dekat kelas, habis satu papan putih kelas diorang tulis selamat hari raya. buat pengetahuan korang. budak P1 memang kreatif gila. asyik "berkarya" je dekat papan putih. memberikan kata ucapan sebelum  balik raya. aiyoyoo! bagus gila korang. tadi pergi larkin pon aku tumpang qila. thanks yow! sebaik ticket aku pukul 1.30. boleh sampai rumah dalam pukul 3.40. pehh awalkan? :3
satu yang kau tak rasa bila korang bukan pelajar asrama ialah feel tak sabar nak balik rumah dan dah hantar hati balik rumah seminggu awal. rangka dan jasad je yang tinggal dekat asrama. sanggup tak tidur sebab nak packing barang nak bawak balik...
Selamat Hari Raya Aidilfitri. *lambai tangan* :D



HELLO!



Call me as Syazwani or known as ES27. 97's liner. TiJB's student. Be nice here. Bye bye. Smile ❤ TAK SUKA?

Diary About Site

Ask Here!





The Shadow Friends


Dunia akan sunyi tanpa kawan disisi kita. Become my best friends, please?