Segmen Back To School by Aen Hwai

Jumaat, Disember 28, 2012 @ 4:29 PTG | 6 Orang berstory

Assalammualaikum dan salam jumaat.

tenang je harinikan. oke, lihat tajuk. macam best je kan segmen tuhh. apa lagi kawan kawan, jom join. firstly, korang tengok header tuan blog tuhh.

sorry yee aen sbb letak gambar anda di header tuh. aku takut ada orang yang curi header hang. dan buat pengetahuan anda, aen dan aku sebaya tau. what? *mata terbeliak, mulut ternganga* O_O bila kau dah tengok header dia, mesti terasa nak join kan? tengok banner dia pulaa. 

di atas tuh banner dia dan dibawah nie syarat dia pula

senang gila kan syarat dia? semudah menyebut A B C sambil makan KFC.

Pemenang akan di umum kan pada 2 January jam 2 petang

  • done follow twitter dan blog aen tau.





  • Apa kenangan lucu kamu mula-mula masuk sekolah ? *ceritakan
Kenangan sekolah rendah = Mula mula masuk tuh, takut tau. Ayah just hantar di dalam kelas dan terus tinggalkan aku seseorang. *kesian* sebelum ayah nak bergerak pergi kerja, ayah cakap "Jangan nangis tau. Kalau adik nangis, adik yang malu sendiri. baii" aku just diam je masa tuhh. tengok orang kiri dan kanan. jelousnyaa, diorang ada parents yang temankan. aku? takdee. hmm, tapi aku bangga sendiri sbb aku  tak nangis macam diorang. hahah, cengenglah korang nie! xD
Kenangan sekolah menengah = Masa datang sekolah tuh, kebanyakkan pelajar dah berkumpulan di dataran wawasan. aku pula masih termangu mangu cari bebudak nie. dah lah masa tuhh aku nerd gila. pakai kain tudung pon tak betul sangat. *kesian* masa form 1 aku dapat masuk kelas 1RK. *bangga* kebanyakkan cikgu dekat situ tanya aku "Awak nie anak Encik Salleh kan?" memanglah cikgu. kebanyakkan budak kelas aku, aku dah kenal sbb satu sekolah. so, takde apa yang best pon :3
  • Cikgu paling kamu sayang ? 
Sekolah rendah = Teacher Majidah kot. Sbb cikgu tuh sporting gila. Apa yang bestnya, cikgu tuhh pernah puji aku sbb aku rajin gila menconteng kertas ujian. bukan menconteng gambar karton buat pengetahuan anda semua yaa. conteng nota nota sains. penuhh! sampaikan takde ruang pon. tapi, yang tak bestnya, cikgu puji aku depan budak kelas masa aku tak datang. spoil je! budak kelas kata, panjang gila cikgu puji aku masa tuh. kalaulah cikgu puji aku masa aku datangkan bagus. boleh bangga sikit dekat budak kelass. *mukabelagak.jpg* xD
Sekolah Menengah = Cikgu Dayang Armah. cikgu nie ajar kelas aku masa tingkatan 1 dan 3. best tau cikgu nie ajar. bila cikgu nie ajar, bersemangat jadinya aku. hee~ cikgu pon sporting juga. paling buat cikgu nie terharu masa kitorang satu kelas menyanyikan "Selamat Hari Lahir" pada beliau. Tercengang beliau tau. then beliau cakap, "hari lahir siapa harini?" Satu kelas cakap "hari lahir cikgulahhh" :D cikgu terus gelak. 

  • Mata pelajaran yang kamu suka ? 
Matematik = bila belajar mt nie, bersemangat aku. laju je nak buat terutamanya bila di rumah. aku terer mt mungkin terikut parents aku kot. mereka pandai mt. sampaikan budak kelas panggil aku "cikgu". bila tak tau, diorang tanya aku. tapi, tak semua soalan aku pandai. ada sesetengah tuh aku sendiri pon tak faham. sampaikan terasa nak koyakkan je kertas tuhh.  yahhh!! *kertas terkoyak dua, lalu muka dilempang oleh cikgu kerana koyakkan kertas pekse*
Sejarah = Seriusly aku cakap, masa form 2 aku dah tak minat sejarah sbb aku tak faham langsung apa yang cikgu tuhh ajar. tapi, naik je form 3. aku dah mula minat sejarah. korang nak tau kenapa? sbb cikgu yang ajar tuh. nama dia cikgu Lim Lay Tin. Kalau korang belajar dengan dia, confirm korang terus minat sejarah. dan tak semena mena nya, result sejarah korang boleh meningkat. sebenarnya, bagi aku, menghafal fakta sejarah tak susah pon. cuba korang hafal fakta sejarah seperti korang baca buku cerita ke, novel ke, ataupon komik, insyaALLAH boleh masuk dengan cepat. *tip nie*
  • Kalau selalu kamu bangun pagi *waktu sekolah* jam berapa ? 
waktu sekolah selalunya bangun pukul 5.30 am. sebab, kalau terbangun lambat, nanti kena marah dengan angah. dah la aku nie selalu mandi lambat. tak memasal ke kena marah pagi pagi tuhh. 
  • Apa nama sekolah kamu ? *ceritakan apa yang best dekat sekolah kamu* 
nie gambar lama (2009). nampak padang tuh kan? padang tuh dah jadi bangunan sekarang nie.
SMK Bukit Pasir atau nama manja dia Sandhill School. sebenarnya aku dah masuk sekolah nie sejak aku darjah 2. kenapa? sbb ayah aku kan kerja dekat sini. so, boleh dikatakan setiap minggu ikut ayah pergi sekolah nie.
Apa yang best di sekolah nie? sekolah nie di atas bukit buat pengetahuan korang. kalau korang naik tingkat 4 di blok D, korang boleh nampak bandar Muar tau. tak percaya? Sudah! kalau korang tengok blok bangunan sekolah kitorang sekarang nie, dah macam tadika. -.-" berwarna warni. sekolah nie ada keunikkan nya tersendiri. budak budak sekolah nie sebenarnya takde kelas tetap kecuali pelajar form 1 dan form 6. kitorang kena berjalan macam di university setiap hari. tapi, jalannya hanya dalam 1 bangunan jelaa. contohnya, waktu bi kitorang kena masuk bilik BI1, kalau waktu bm kitorang kena masuk bilim BM3, dan seterusnya. kitorang ada dataran wawasan dan dewan terbuka (bawah blok f).
tempat duduk cikgu di dataran wawasan tuh bertingkat tau macam tangga. tempat duduk cikgu tulaa port budak budak nie suka lepak kalau rehat. tempat budak bergosip. dulu, kitorang takde dewan sendiri tapi sekarang dah ada.  dan lagi satu, sekolah kitorang nie anak angkat kepada TPM tau. Jangan jelous! xD

  • Azam kamu pada tahun 2013 ?

Mahu jadi sekolah yang berguna dan lebih berguna daripada kawan kawan aku. haha -.-" Mahu rajin belajar dan banyak lagi. segan nak ceritakan. :3
oke, done. harap korang tak bosan nak baca. haha. :3
sekolah tidak lama lagi dibuka. woahhh! 

Label:




HELLO!



Call me as Syazwani or known as ES27. 97's liner. TiJB's student. Be nice here. Bye bye. Smile ❤ TAK SUKA?

Diary About Site

Ask Here!





The Shadow Friends


Dunia akan sunyi tanpa kawan disisi kita. Become my best friends, please?