Last Day of This Year

Isnin, Disember 31, 2012 @ 11:48 PG | 4 Orang berstory

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


hari nie hari isnin bersamaan 31 Disember 2012? Woahhhh! Kalau hari nie hari isnin bermakna lusa dah naik sekolah? hah, aiyooo! *pengsan* 

Alhamdullillah, aku masih bernafas lagi pada akhir tahun nie. tak sangka pula, aku nie dah nak naik form 4 O_O "Aku ingatkan aku baru nak masuk sekolah menengah. baru form 1" ehh, menipu je lebih. walaupon aku dah nak naik form 4, tapi perangai aku masih di tahap lama kot. *keanak anakan*

cuma aku nak tukar gaya pemikiran aku ke tahap orang lebih dewasa. GENIUS! Parents aku kata, form 4 bukan tahun untuk berbulan madu. rilex rilex saja sambil goyang kaki kiri dan kanan. *kepala otak mu* -.-"

aku rasa tahun 2012 nie tahun paling sedih bagi aku. *sad life* why? dunno. aku rasa aku amat pendiam tahun nie. banyak masalah aku simpan sendiri. sampaikan aku terpaksa bunuh dan bakar facebook aku sendiri. kesian dia~ alahai, tapi takpe, asalkan aku tak bunuh diriku sendiri disebabkan masalah. Nauzubillah Min Zalik! +_+


tahun baru belum masuk tapi aku dah siapkan banner dia. cantik tak? kalau nak ambil, komen lah yee. jangan curi dan buat seperti kau punya pula. penat aku buat sambil berpeluh peluh. huuu~

orang kata, tahun baru azam mesti baru kan? ohh, azam aku tahun 2012 pon ada yang aku tak laksanakan, nie nak buat azam baru pula? alahai~ nanti nanti jela aku fikirkan. ataupon aku recycle balik je azam 2012 kepada azam 2013. amacam? 

one more things i want to story to you *bajet minah saleh* aku menang segmen dan giveaway yang aku join. hah? O_O tapi aku menang hadiah yang simple jelaa. dapat nombor pon yang keberapa entah. tapi aku bersyukur. first time menang. alhamdullillah. Terima kasih diucapkan kepada penganjur GA dan sponsor. :)

Thanks to hanim sbb bagi cursor tuh. comel! :)

thanks to fatin dan aqila sbb memberi wani peluang untuk menang. hee~

tengah tunggu aqila post barang tuhh. hadiah dia simple je kan. okelah tuh. kena bersyukur kalau tak ALLAH tarik balik. oke, done dan mau choww. Selamat tinggal 2012, Assalammualaikum 2013. :D
2012 melabuhkan tirainya. Sudahkah anda bersedia untuk menerima kehadiran 2013? Think!

Segmen Back To School by Aen Hwai

Jumaat, Disember 28, 2012 @ 4:29 PTG | 6 Orang berstory

Assalammualaikum dan salam jumaat.

tenang je harinikan. oke, lihat tajuk. macam best je kan segmen tuhh. apa lagi kawan kawan, jom join. firstly, korang tengok header tuan blog tuhh.

sorry yee aen sbb letak gambar anda di header tuh. aku takut ada orang yang curi header hang. dan buat pengetahuan anda, aen dan aku sebaya tau. what? *mata terbeliak, mulut ternganga* O_O bila kau dah tengok header dia, mesti terasa nak join kan? tengok banner dia pulaa. 

di atas tuh banner dia dan dibawah nie syarat dia pula

senang gila kan syarat dia? semudah menyebut A B C sambil makan KFC.

Pemenang akan di umum kan pada 2 January jam 2 petang

  • done follow twitter dan blog aen tau.





  • Apa kenangan lucu kamu mula-mula masuk sekolah ? *ceritakan
Kenangan sekolah rendah = Mula mula masuk tuh, takut tau. Ayah just hantar di dalam kelas dan terus tinggalkan aku seseorang. *kesian* sebelum ayah nak bergerak pergi kerja, ayah cakap "Jangan nangis tau. Kalau adik nangis, adik yang malu sendiri. baii" aku just diam je masa tuhh. tengok orang kiri dan kanan. jelousnyaa, diorang ada parents yang temankan. aku? takdee. hmm, tapi aku bangga sendiri sbb aku  tak nangis macam diorang. hahah, cengenglah korang nie! xD
Kenangan sekolah menengah = Masa datang sekolah tuh, kebanyakkan pelajar dah berkumpulan di dataran wawasan. aku pula masih termangu mangu cari bebudak nie. dah lah masa tuhh aku nerd gila. pakai kain tudung pon tak betul sangat. *kesian* masa form 1 aku dapat masuk kelas 1RK. *bangga* kebanyakkan cikgu dekat situ tanya aku "Awak nie anak Encik Salleh kan?" memanglah cikgu. kebanyakkan budak kelas aku, aku dah kenal sbb satu sekolah. so, takde apa yang best pon :3
  • Cikgu paling kamu sayang ? 
Sekolah rendah = Teacher Majidah kot. Sbb cikgu tuh sporting gila. Apa yang bestnya, cikgu tuhh pernah puji aku sbb aku rajin gila menconteng kertas ujian. bukan menconteng gambar karton buat pengetahuan anda semua yaa. conteng nota nota sains. penuhh! sampaikan takde ruang pon. tapi, yang tak bestnya, cikgu puji aku depan budak kelas masa aku tak datang. spoil je! budak kelas kata, panjang gila cikgu puji aku masa tuh. kalaulah cikgu puji aku masa aku datangkan bagus. boleh bangga sikit dekat budak kelass. *mukabelagak.jpg* xD
Sekolah Menengah = Cikgu Dayang Armah. cikgu nie ajar kelas aku masa tingkatan 1 dan 3. best tau cikgu nie ajar. bila cikgu nie ajar, bersemangat jadinya aku. hee~ cikgu pon sporting juga. paling buat cikgu nie terharu masa kitorang satu kelas menyanyikan "Selamat Hari Lahir" pada beliau. Tercengang beliau tau. then beliau cakap, "hari lahir siapa harini?" Satu kelas cakap "hari lahir cikgulahhh" :D cikgu terus gelak. 

  • Mata pelajaran yang kamu suka ? 
Matematik = bila belajar mt nie, bersemangat aku. laju je nak buat terutamanya bila di rumah. aku terer mt mungkin terikut parents aku kot. mereka pandai mt. sampaikan budak kelas panggil aku "cikgu". bila tak tau, diorang tanya aku. tapi, tak semua soalan aku pandai. ada sesetengah tuh aku sendiri pon tak faham. sampaikan terasa nak koyakkan je kertas tuhh.  yahhh!! *kertas terkoyak dua, lalu muka dilempang oleh cikgu kerana koyakkan kertas pekse*
Sejarah = Seriusly aku cakap, masa form 2 aku dah tak minat sejarah sbb aku tak faham langsung apa yang cikgu tuhh ajar. tapi, naik je form 3. aku dah mula minat sejarah. korang nak tau kenapa? sbb cikgu yang ajar tuh. nama dia cikgu Lim Lay Tin. Kalau korang belajar dengan dia, confirm korang terus minat sejarah. dan tak semena mena nya, result sejarah korang boleh meningkat. sebenarnya, bagi aku, menghafal fakta sejarah tak susah pon. cuba korang hafal fakta sejarah seperti korang baca buku cerita ke, novel ke, ataupon komik, insyaALLAH boleh masuk dengan cepat. *tip nie*
  • Kalau selalu kamu bangun pagi *waktu sekolah* jam berapa ? 
waktu sekolah selalunya bangun pukul 5.30 am. sebab, kalau terbangun lambat, nanti kena marah dengan angah. dah la aku nie selalu mandi lambat. tak memasal ke kena marah pagi pagi tuhh. 
  • Apa nama sekolah kamu ? *ceritakan apa yang best dekat sekolah kamu* 
nie gambar lama (2009). nampak padang tuh kan? padang tuh dah jadi bangunan sekarang nie.
SMK Bukit Pasir atau nama manja dia Sandhill School. sebenarnya aku dah masuk sekolah nie sejak aku darjah 2. kenapa? sbb ayah aku kan kerja dekat sini. so, boleh dikatakan setiap minggu ikut ayah pergi sekolah nie.
Apa yang best di sekolah nie? sekolah nie di atas bukit buat pengetahuan korang. kalau korang naik tingkat 4 di blok D, korang boleh nampak bandar Muar tau. tak percaya? Sudah! kalau korang tengok blok bangunan sekolah kitorang sekarang nie, dah macam tadika. -.-" berwarna warni. sekolah nie ada keunikkan nya tersendiri. budak budak sekolah nie sebenarnya takde kelas tetap kecuali pelajar form 1 dan form 6. kitorang kena berjalan macam di university setiap hari. tapi, jalannya hanya dalam 1 bangunan jelaa. contohnya, waktu bi kitorang kena masuk bilik BI1, kalau waktu bm kitorang kena masuk bilim BM3, dan seterusnya. kitorang ada dataran wawasan dan dewan terbuka (bawah blok f).
tempat duduk cikgu di dataran wawasan tuh bertingkat tau macam tangga. tempat duduk cikgu tulaa port budak budak nie suka lepak kalau rehat. tempat budak bergosip. dulu, kitorang takde dewan sendiri tapi sekarang dah ada.  dan lagi satu, sekolah kitorang nie anak angkat kepada TPM tau. Jangan jelous! xD

  • Azam kamu pada tahun 2013 ?

Mahu jadi sekolah yang berguna dan lebih berguna daripada kawan kawan aku. haha -.-" Mahu rajin belajar dan banyak lagi. segan nak ceritakan. :3
oke, done. harap korang tak bosan nak baca. haha. :3
sekolah tidak lama lagi dibuka. woahhh! 

Label:


Change to Old Skin

Rabu, Disember 26, 2012 @ 5:12 PTG | 4 Orang berstory

Assalammualaikum.
fuhh! fuhh! penat. baru lepas edit blog nie. why? bukan ke baru tukar haritu kan? yupp! aku terpaksa tukar daripada skin baru kepada skin lama balik. masih tak faham? oke, aku terangkan

hari jumaat haritu (21/12) aku tukar skin lama kepada skin nie. (rujuk dibawah)


pastu harini aku tukar daripada yang atas kepada skin lama tapi diperbaharui (rujuk dibawah)


Kenapa aku tukar skin aku dalam malas tak sampai seminggu? ini kerana, ada beberapa bloggers yang datang ke blog aku dan cakap "mana button follow awak?" *mybe mereka tidak nampak disebelah kanan tuh kot* pastu aku tengok, trafik aku meningkat tetapi kenapa takde yang tulis di cbox aku yang mereka melawat di blog aku?

ohh, baru aku faham. mungkin mereka tak jumpa cbox aku dimana. kesian betul. dan aku pon rasa, skin tuh macam tak sesuai dengan aku dan code dia agak susah sikit. so, daripada aku menyusahkan diri aku, lebih baik aku tukar. oke, tuh saja nak tulis. kbai
Blog aku banyak gambar gikwang. so sweet :D

Hadiah PMR?

Isnin, Disember 24, 2012 @ 10:36 PG | 8 Orang berstory

Assalammualaikum
pagi pagi nie memang sejuk kan? almaklumlah, baru lepas hujan tadi. tapi taklah lebat sangat. oke, korang dapat apa untuk PMR nie? mesti hadiah semuanya gempak gempak kan? yelahh, aku ada dengar budak UPSR dapat 5A pon dah dapat galaxy note lah, iphone lah dan macam macam.

aku dulu dapat 5A, tak dapat pon semua tuhh, just dapat barang sekolah je. sedihh  tapi apa apa pon, syukur alhamdullillah. sekurang kurangnya dapat juga barang sekolah. ada orang lain tuh, serba kekurangan. alahai~ oke, stop!

apa tuhh? apa tuhh? tuh Samsung Galaxy Young. pada mulanya, akak dan abang aku nak bagi aku tablet. tapi disebabkan tablet tuhh dia ada internet sendiri dan tiap tiap bulan kena bayar, jadi abang aku taknak. nak buat apa kan, internet rumah dah ada, nak pakai internet lain.

so, abang dan akak aku bagilah handphone nie. nice? aku belum godek apa apa pon sbb aku baru dapat semalam. nombor handphone pon belum beli. harini baru akak aku nak belikan. 

happy gila. yelah, nie first time aku ada handphone sendiri. *macam tak percaya kan?* selama nie, kalau nak call or mesej kawan kawan mesti kena pakai handphone ibu atau ayah aku. along kata, kalau SPM aku lagi baik, aku boleh dapat macam macam. yeahh!  dah beli barang sekolah? aku dah beli. 
Thank you to my siblings because give me that handphone. kamshahamida :D

K-Pop Lovers Giveaway By Amira and Jannah

Ahad, Disember 23, 2012 @ 2:39 PTG | 6 Orang berstory

Assalammualaikum
harini rajin pula join segmen dan giveaway. ohh, ini kerana aku bosan gila duduk rumah sambil goyang kaki. oke, sebenarnya first time aku join giveaway pasal kpop nie. selama nie join kebanyakkan pasal blog je. dah tepu sey. oke, lets start!

 Nak join ? Tekan gambar tuh sekali!



semua syarat telah diikut. :) Sorry yee, saya takde facebook. seperti yang anda tahu, facebook saya telah saya bunuh dan bakar kerana ada masalah yang serius berlaku. 

Group kpop yang saya minat?


Saya mula minat kumpulan Beast sejak saya dengar lagu Fiction. saya suka tengok cara diorang menari. bila tengok kumpulan Beast di program program show, mereka semua sangat sporting. asyik gelak je bila saya tengok terutamanya bila gikwang gaduh dengan yoseop. tengok tak persembahan beast di Melon Music Award? persembahan mereka sangat bertenaga dan ramai orang puji persembahan mereka. Ilove you beast!
muka mereka semua hensem! O_O

suka yang tengah cakk nie. namanya Gikwang :D
tag : Syida, dan Nana Hyun
Wish me good luck :D

Label: ,


Kesunyian

Sabtu, Disember 22, 2012 @ 10:49 PG | 2 Orang berstory

Assalammualaikum .
pelik betul aku nie. sejak akhir akhir nie rajin gila menaip dekat blog nie. macam ada orang baca pula kan? hmm, baca or tak, lantak mereka la. janji aku happy dengan blog kesayangan aku nie. *ecehh. alahai poyo sey*

berbalik kepada tajuk asal. aku kesunyian tinggal seorang seorang di rumah. tiada siapa ingin menemani aku nie. uwaaa, sedihnyaa! ayah pergi ikut orang hantar orang menikah, ibu, adik dan akak pergi shah alam sbb ada orang kahwin, akak aku lagi orang belajar moto dan abang aku merayap entah mana.

tinggallah aku seorang diri. sebaik ada laptop nie. boleh dia temankan aku. hmm. semalam aku rajin nak edit blog. ohh, aku main bantai je edit itu ini. dan hasilnya macam nie


sekolah tak lama lagi bakal dibuka kan? lagi seminggu je lagi nak sekolah. lepas nie terpaksa lah aku ber-hiatus. seminggu sekali je boleh on laptop untuk layan ask.fm, twitter dan blog. parents aku kata form 4 bukan masa untuk ber honeymoon. so, kalau masuk kelas Sains, kenalah aku study mulai bermulanya sekolah :3
family nak bagi tablet? apa apa jelaa. harap dapat masuk sekolah sains johor. Amin :)

Cengeng? Itu aku.

Jumaat, Disember 21, 2012 @ 11:27 PG | 0 Orang berstory

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Cengeng? apa tuh cengeng. cuba cari dalam kamus dewan. mesti ada kan? ehh, tak payah susah susah, aku dah tolong cari maknanya di internet. kalau nak cari maksud perkataan lain, sila click ini! Click! 

clik sekali untuk pembesaran ke XL

Dah baca? oke, aku memang seorang yang cengeng gila. APA? biar betul? orang lain nampak aku seorang yang kuat dan happy selalu. hah! korang silap besar kawan. aku memang cengeng pon. lala~ tak percaya? tanyalah family aku. mereka semua tau.

ibu dan ayah aku baru marah aku sikit, dah meleleh leleh air mata aku. baru akak dan abang aku tegur aku sikit, dah menangis aku. entahlah, aku pon tak tau kenapa aku jadi macam nie. dulu, kini dan selamanya rasanya aku jadi macam nie. sampai akak aku cakap macam nie 
Angah : Adik, kau nie cengeng betullah. baru marah sikit, dah meleleh air mata.
Aku : *buat dek sambil lap air mata*
Angah : macam manalah suami kau nanti eak? bila suami kau marah atau gaduh dengan kau, mesti kau dah menangis kan.
Aku : *masih buat dek* -.-
siot je akak aku nie. haishh! nak buat macam mana, tak sempat nak tahan, air mata nie dah keluar dulu. hmm, apalahh.
Aku ambil gambar nie dari contest man entah. owner dia siapa? bagitau!
siapa jadi suami aku. nasiblah kau! lala~ ehh, sorry, aku masih bersekolah. :3

Result? Alhamdullillah.

Rabu, Disember 19, 2012 @ 12:59 PTG | 14 Orang berstory

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia *lambai tangan*
muka sebelum pergi sekolah. cuak siot!

tak sangka! tak sangka! tak sangka! *lompat bintang* Ya ALLAH! terima kasih. aku bersyukur sangat sangat. ibu dan ayah, terima kasih juga. wani sayang ibu dan ayah. cikgu cikgu, terima kasih juga selama ini mengajar saya tanpa henti. *lap air mata* 

semalam, aku tak boleh tidur. resah gelisah! dalam pukul 11.30 baru aku dpt tidur. pagi tadi, aku terjaga dalam pukul 5.30. tak duduk diam aku. tak sabar nak solat subuh sbb nak berdoa kepada Allah ketika sujud terakhir. lepas solat subuh, aku baring semula kat katil. dlm pukul 7 baru aku mandi.

lepas mandi, basuh baju, sidai baju dan kemas rumah, aku pon masuk bilik dan on laptop. main game Super Ganny sebentar. nak hilangkan rasa nervous nie. rilex rilex, gedebak gedebuk dan pukul 9.45. aku pon siaplah nak pergi sekolah. abang aku hantar aku ke sekolah pukul 10.10. 

sampai sekolah, aku cari kawan kawan aku, ohh, rupanya diorang dekat dewan. duduk dulu dan berborak itu ini. tiba tiba cikgu Suraya menyakat aku.
Cikgu : wani, result awak ayah awak dah ambilkanlah dekat pejabat.
aku : ehh, taklah cikgu. ayah saya pergi JB
Cikgu : tak pon akak awak dah ambilkan. cuba pergi tengok dekat bilik akak awak.
aku : akak saya pon takde cikgu. akak saya pergi pagoh.
cikgu : *gelak sbb tak dpt nak tipu aku* HAHA.
tak lama lepas tuh, cikgu jamaliah datang bawah result. wahh! takutnya! takutnya! dan dan dan result aku macam mana nie? aiyoyoo! O_O



aku dapat 7A 1B? Ya ALLAH. syukur alhamdullillah. walaupon aku sedikit terkilan sbb tak dapat 8A, tapi aku tetap bersyukur. B nya biasalah, bahasa inggerisku tercinta. ada yang menangis sbb gembira dan ada yang menangis sbb sedih. balik rumah terus ibu aku peluk dan cium aku dan cakap "tahniah!" sukanya sukanya sukanya! 
  • budak dapat 8A ada 8 orang:
Razhana, Echa, Amira, Shahrizzat, Yong Cheng (my crush), Ee Jia Wee, Riedzman dan lagi sorang tak tau

  • kawan kawan aku yang lain?
Nina (5A 3B), Liana (5A 3B), Ekin (6A 2B), Sihah (5A 3B), Isyah (4A 4B),  Hanis (5A 3B), shuhanah (6A 2B), Puteri (7A 1B), Naddjwa (budak SAB yang dpt 8A) dan yang lain aku tak tau.
Muka happy. *peace*
 "Tahniah kawan kawan yang dapat 8A, 7A, 6A, 5A, 4A, 3A, 2A, 1A dan takde A. walau apapon, SPM tuh penting! terima kasih" :D

Harapan Semua Orang

Selasa, Disember 18, 2012 @ 10:05 PTG | 0 Orang berstory

Assalammualaikum dan selamat malam.
Takut → Nervous → Berdebar-debar → Risau → Tak lalu nak makan → Tak boleh tidur → Perasaan yg dirasai oleh budak² PMR BATCH 97 sekarang ni.
hatiku berdebar debar. rasa tak senang duduk. asyik memikirkannya sahaja. fikir apa? fikir pasal result PMR lah. apa lagi :'O Ya ALLAH takut seyy. rasa menangis je. *hentak kaki* lagi berapa jam, berapa minit, dan berapa saat je lagi result keluar. 


"Saat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika sujud." - [HR Muslim]
"Orang muslim yang mendoakan sahabatnya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA.'' HR. Muslim.

setiap hari tengok gambar ibu dan ayah. bila buka laptop je nampak muka ibu dan ayah, buka almari je nampak gambar ibu dan ayah (sbb akak tampal dekat pintu almari) lalu dekat ruang tamu, nampak muka ibu dan ayah. Ya ALLAH, harap ibu dan ayah tinggi. Nak aku dapat 8A dan masuk asrama. harap impian mereka menjadi kenyataan. Amin :')
Ya ALLAH, berikanlah pelajar PMR 2012 mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang seiring dengan usaha, doa, dan tawakal mereka. Amin 

Miss My Old Friends?

Isnin, Disember 17, 2012 @ 12:13 PTG | 0 Orang berstory

Assalammualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia.

Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdullillah. masih hidup lagi di dunia nie. rajin pula aku menaip pagi pagi nie kan? pagi ke? ohh, dah pukul 12.12 pm. bukan pagi lagi. aku ada penyakit O_O panyakit tuh tak lah berapa serius sampai nak bawak maut mahupon berjangkit. ;_;



penyakitnya ialah mimpi dan rindu. aku pon tak tau kenapa. sejak akhir akhir nie, aku selalu sangat mimpi kawan kawan aku di sekolah rendah. mimpi tuh ada yang happy dan ada yang sedih. tapi, yang peliknya, mimpi tuh semua bukan dekat sekolah tetapi di pelbagai tempat menarik! ehh, lain macam je -.-"

kawan aku di sekolah yang rendah yang selalu masuk mimpi aku ialah, ofcourse my old best friend, Naddjwa, Liana, Razhana, Khalida, Qamarina, dan entah sesiapa. bercampur campur. aku sendiri pon tak ingat. 

mimpi tuh pula selalu datang waktu hati aku tenang dan tenteram. hari ini mimpi tuh datang tapi esok dia takde. macam tuhlah selalu. pelik pelik! aku tak kisah kalau mimpi tuh keadaannya gembira tapi aku tak suka mimpi tuh dalam keadaan sedih. benci tau. tapi, apa yang pasti, mimpi hanya mainan tidur jelaa :3

Kawan kawanku di sekolah rendah, walaupon aku dah lama tak tegur korang, tapi aku masih ingat korang. miss korang. assalammualaikum :')

Sebelum Ambil Result PMR Di Sekolah

Ahad, Disember 16, 2012 @ 2:52 PTG | 6 Orang berstory

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Alhamdullillah, sudah selesai menunaikan solat fardhu Zohor. bagaimana pula dengan anda? sudah ke belum? kalau belum sebaiknya anda pergi lakukannya kerana mati tidak kira waktu :)

sila baca tajuk post kali nie. sejak akhir akhir nie, aku suka sangat baca post tentang pmr. why? sebab pmr bakal keluar 19 Disember nie. berdebar debar rasanya. *pengsan*

sambung balik. oke, harini aku nak share sedikit surah surah yang perlu kita baca sebelum kita pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan pmr kita. benda nie aku dah lama dapat tapi sekarang baru nak share. apalah aku ni -.-"

Al Fatihah - 1 kali
Ayat Kursi - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 7 kali
Surah Al Alaq - 1 kali
Surah Annas - 1 kali
berdoalah dengan nama ALLAH dengan rasa rendah diri dan mintalah sebagai seorang muslim
mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan.
insyaALLAH kejayaan milik kita. sila sharekan kepada semua pelajar pmr yang bakal mengambil resultnya pada 19 disember nie. benda nie diberi oleh Naddjwa, my old best friend. terima kasih.


Jom tengok video nie. Beast punya persembahan. Best! Melon Music Awards 2012. 
berdoa, bersabar dan bertawakal hanya mampu dilakukan oleh aku tika ini. :3

Bila Result PMR 2012 Nak Keluar?

Khamis, Disember 13, 2012 @ 12:14 PTG | 5 Orang berstory

Assalammualaikum dan HELLO!

Ramai pelajar PMR 2012 pening memikir tarikhnya. "bila PMR nak keluar nie" "nervous seyy" "harap gred turun. mudah sikit nak dapat 8A" "harap dapat 8A. amin"

tengok. macam macam persoalan yang keluar. seramm seyy. tapi, akak aku kata, "alahh, rilexlahh. PMR je kot. bukan SPM" PMR je? pmrlah yang menentukan aliran apa yang kita nak ambil di form 4. 

alahai, beberapa hari yang lepas, aku pergi jenguk blog Fatin. dia tulis pasal PMR :O cuba korang baca post dia. jangkaan tarikh PMR nak keluar. terus nak pengsan je rasanya lepas baca.

masa aku UPSR dulu, aku just dapat 4A 1B je trial UPSR. tapi, alih alih, tidak disangka sangka, aku boleh dapat 5A. terkejut masa tuhh. cikgu dan parents aku pon sama. terkejut! siapa sangka aku boleh dapat 5A? takde pon. rezeki rezeki.

kini, tak boleh nak dijangka juga. trial haritu hanya dapat 6A1B1C. target? just 6A atau 7A atau 8A je. lala~ mohon apa yang dihajati termakbul. Amin.

aku juga doa dan harap kawan - kawan aku dan cousin aku pon sama sama berjaya dapat 8A. ini kerana, aku nak semua gembira bersama sama. Amin! :)

cuti nie, aku rindu dengan kawan kawan aku dan akak angkat aku. dah sebulan lebih tak jumpa. ehemm, bilalah kita nak hang out lagi nie kawan? rindu tau :(
19/12 ke PMR keluar? Still waiting. Doakan aku tau, kawan :)

Header Free! Harap Sukalah tau

Ahad, Disember 09, 2012 @ 11:51 PG | 7 Orang berstory

Assalammualaikum dan pagi kawan!
Mulakan bicara dengan bismillillahirrahmannirrahim. mulakan hari dengan Alhamdullilah kerana masih hidup dan bernyawa hingga detik ini. Syukur syukur. senyum semua walaupon sedih dan derita.

ceh! panjang sey mukadimah pembuka kata aku. melebih pula. lalala~ dah lama tak edit edit blog segala? ehh, lupa pula, minggu lepas baru lepas aku edit blog nie. oke, firstly aku nak katakan bahawa, sekarang nie aku dah agak malas nak edit blog orang.

why? entah lah. takde mood dan idea. ada beberapa orang suruh aku edit blog diorang segala. tapi malangnya, aku tak boleh terima. aku boleh buat tapi nak buat apa aku tolong tapi tak ikhlas lah kan? so, sorry yee kawan. sekarang nie tak boleh nak tolong.
Sorry untuk akak Eika Adam kerana saya tak boleh nak tolong buat dan edit blog anda kerana ada problem sikit. bukan malas yee. tolong cari orang lain untuk bantu anda. sorry sekali lagi. :(
tadi, tengah bosan bosan kan, aku edit lahh header. untuk siapa? untuk koranglah, blogger blogger yang dikasih. ada beberapa blogger yang minta aku bagi freebies dekat diorang. oke, sekarang nie ambillah. benda free! Walaupon aku taknak edit blog, tapi aku suka edit HEADER! siapa nak? Komen oke?
800 x 350
http://i.imgur.com/8wdUQ.png

800 x 350
http://i.imgur.com/pu2LY.png

800 x 350
http://i.imgur.com/pfdFU.png

740 x 370
http://i.imgur.com/UaUe6.png
cara nak ambil? click sekali terus dah keluar ke new tab. dah ambil tuh komen tau. jangan curi. tak halal! kalau sambut memberangsangkan, aku buatkan lagi header untuk korang. oke? 

Label:


Forgive me, friends

Rabu, Disember 05, 2012 @ 4:46 PTG | 0 Orang berstory

Assalammualaikum dan hello kawan
tenang je petang nie. tiada hujan, guruh, petir atau angin kencang melanda. tapi, taklah setenang hati aku. gusar semacam. mybe hati korang pon sama kan? gusar dan gelisah semacam je. hati setiap orang berlainan.
jangan dilayankan sangat hati yg sakit itu. nanti makin melarat. selepas mengetahui segalanya, baru wani faham. ada orang yang terasa dengan post wani yang lepas lepas. kan wani dah kata, "mula mula sekali, wani nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan post wani. kan semua post di blog nie mengikut kata hati wani." .__.
"Dear friends, sorry sekiranya korang marah atau sakit hati atau sedih atau rasa apa apa jela dekat aku nie. memang, aku suka tulis dan kata bukan bukan bila aku tengah marah atau sedih. tapi, satu je yang korang kena tau, aku sayang dekat friendship kita. korang lah sahabat aku dunia dan akhirat. IsyaALLAH."
aku asyik dengar lagu Epik High - It's Cool je harini. lagu tuh kan lagu sedih if i don't mistaken. kau dengarlah baru kau tau tuhh lagu jenis apa.  aku tahu lagu tuh pon sbb aku tengok MAMA 2012 haritu di TV8. Best persembahan diorang!
I LOVE YOU
Menyimpan rahsia membuatkan kita lebih berdendam dan sakit hati. Smile

My New Design, Mybe?

Isnin, Disember 03, 2012 @ 3:00 PTG | 2 Orang berstory

Assalammualaikum saudara dan saudari yang dihormati sekalian. cuti sekolah memanglah membosankan. okefine, sejak hari jumaat haritu aku tukar skin aku daripada Denim templet kepada blogskin. cewahh! first time aku pakai blogskin dekat blog nie. sebenarnya, nie skin Farisyah Away. Thank you sbb menyediakan skin ColourfullRainbow . totally aku tukar itu dan ini. other helping me : Fatin dan Wana. Tak naklah 100% guna skin dia kan? Aku pon ada cara tersendiri. hohoho! 

sebenarnya edit nie taklah berapa lama sangat. tapi disebabkan aku nie asyik nak berjalan sana sini, jadi kerja mengedit blog nie tergendala. semalam aku nak edit blog nie, tapi boleh pula internet takde. siapalah yang baik hati pergi curi kabel telefon nie? kena current baru tau ><
Assalammualaikum Disember yang dicintai lagi disayangi. Ececeh! menyampah pula. oke, nie bulan yang ditakuti oleh kebanyakkan pelajar form 3 kerana result pmr bakal keluar. tetapi lain pula bagi pelajar form 5, mereka semua happy kerana spm dah habis! pehh pehh! jelous seyy. aku harap aku dapat 8A lah kan. Amin. :)
harap korang suka cara dan design terbaru aku nie ^^

Aziera Adenan's Segmen

@ 2:43 PTG | 12 Orang berstory

Assalammualaikum dan Hello kawan!
Bismillillahirrahmannirrahim. jangan tergoda dengan gi kwang ea. hehe -.-"aku rasa dah berapa kali aku join segmen seperti ini. tapi tahun lepaslah. tahun nie tak sempat nak join segmen macam nie sbb aku pmr. *eceh, macamlah study memanjang*

oke, aku jumpa segmen nie selepas aku merayap dekat blog Adie. wow, macam best je. jadi aku pon join lahhh. ^O^ kalah atau menang, lain ceritalah. yang penting apa? ENJOY! *jerit kuat kuat*

The Question is :
1. Nama:
  • Encik Mohd Salleh dan Puan Absah telah memberikan nama saya Norsyazwani. Pendek dan bermakna. tetapi, anda boleh memanggil saya Syazwani, Aunt Probe, Budak ewan or etc

2. Umur:
  • 15 become 16 next year. wish me good luck nie PMR? 

3. Tarikh lahir:
  • Mula dilahirkan pada tarikh 27/7/1997 pada pukul 3.05 pm

4. Sekolah:
  • SMK Bukit Pasir atau nama manja dia Sandhill School. mybe tahun depan pindah kot

5. Hobi :
  • Kacau kawan.
  • Berinternet, berblogging, dan bertwitter.
  • Jadi babysitter mybe?

6. Bakat lain:
  • Menulis karangan fakta bukan auta
  • Edit blog mybe?

7. Personaliti:
  • mudah menangis bila orang buat aku terasa 
  • marah bila orang rosakkan barang aku "ingat aku beli murah ke?"  
  • pemalu bila tak kenal orang tapi kecoh bila dah kenal. hmm

8. Warna kegemaran:
  • biru, putih, hitam, purple and merah. see my blog design?

9. Makanan kegemaran:
  • makanan yang halal dan tidak beracun atau membolehkan aku dibunuh. 
  • Masakan ibu dan ayah

10. Minuman kegemaran:
  • SELAIN arak, air paip dan air yang berkarbonat.

11. Nombor kegemaran:
  • 7. disebabkan mengikut tarikh lahir saya

12. Perkara yang paling membuat anda stress:
  • masalah datang melanda
  • ada orang yang busuk hati rosakkan barang kesayangan aku.
  • kawan baik menjauhkan diri daripada aku.

13. Mood anda ketika ini:
  • happy sebab dah siap edit blog. lawa tak? *muka kesian*

14. Filem yang membuat anda mengalirkan air mata:

  • hmm, entahlah. dah lupa nama tajuk dia.

15. Harapan masa depan:
  • dapat kerja yang bagus dan membahagiakan keluarga
  • dapat jadi orang yang berguna untuk bangsa, agama dan negara

16. Nama kawan baik anda:
  • Echa, nina, razhana, ekin, fasihah, liana dan farisyah

17. Status anda? [Single/taken/married/etc]:
  • Janda anak dua kerana cuti sekolah nie, saya dah berpisah dengan my cursh, tan yong cheng. oke, miss dia. hahah! -.-"

18. Apakah benda yang anda inginkan sehingga kini :
  • Nak handphone. sampai sekarang takde phone lagi walaupon dah 15 tahun.

19. Haiwan kegemaran:
  • buaya. comelnya terumatama bila dia ngangakan mulut

20. Luar negara yang ingin anda melancong:
  • Mekah. melancong sambil beribadah bersama keluarga

21. Siapakah idola anda:
  • My parents and Nabi Muhammad

22. Tempat yang paling indah pernah anda lawati:
  •  semua tempat walaupon belakang rumah :D

23. Adakah anda takut pada hantu:
  • masa kecil yee tapi sekarang tak. *mungkinlahh kot*

24. Siapakah orang terakhir yang telah buat anda ketawa:
  • budak kecil yang bernama alif. always make me happy

25. Jika anda memiliki RM1 juta, apa yang anda akan buat dengan duit itu :
  • bagi dekat ayah separuh untuk bayar hutang rumah dan kereta dekat bank. biar ayah takde hutang lagi. bawak family pergi mekah untuk mengerjakan haji.
Nak join? klik [SINI]
Tarikh luput : 23 Disember 2012.
Apa lagi? jom join!
kbai, assalammualaikum :)



HELLO!



Call me as Syazwani or known as ES27. 97's liner. TiJB's student. Be nice here. Bye bye. Smile ❤ TAK SUKA?

Diary About Site

Ask Here!





The Shadow Friends


Dunia akan sunyi tanpa kawan disisi kita. Become my best friends, please?